Isi Kandungan
Salam perpaduan untuk pembekal, penulisan ini khas untuk pembekal yang ingin mengetahui mengenai perbezaan antara sijil MOF dengan sijil digital eperolehan. Saya yakin dan pasti kebanyakan pembekal yang ada keliru tentang perbezaan kedua-dua sijil tersebut dan ingin tahu kepentingan jika mempunyai sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Jadi jangan risau, kami di Lesenkewangan.com akan membantu anda untuk menghilangkan kekeliruan anda semua.
Pengenalan MOF
Sebelum itu, para pembekal perlu mengetahui apa itu MOF? Sebenarnya MOF ini merupakan singkatan bagi jabatan kerajaan itu Kementerian Kewangan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Ministry of Finance (MOF). Jadi apa kepentingan MOF untuk pembekal di Malaysia? Untuk makluman anda semua, kepentingan MOF untuk anda adalah memudahkan urusan untuk mendapatkan sebut harga atau projek yang dikeluarkan oleh jabatan-jabatan kerajaan. Hal ini kerana setiap pembekal yang ingin memasuki sebut harga diwajibkan untuk membuat pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dahulu dan setelah permohonan diluluskan para pembekal akan dapat sijil kewangan dan sijil digital MOF yang akan digunakan nanti. Jadi untuk mengelakkan kekeliruan anda tentang perbezaan sijil MOF dengan sijil digital eperolehan, kami akan terangkan lebih lanjut lagi.
Perbezaan Sijil MOF & Sijil Digital
Untuk pengetahuan para pembekal, sijil MOF dengan sijil digital eperolehan ini adalah dua perkara yang berbeza namun didalam satu proses permohonan yang sama. Permohonan bagi kedua-dua sijil ini boleh dibuat sama ada melalui secara atas talian atau di luar talian kepada MOF. Sijil kewangan akan dikeluarkan dalam bentuk sijil manakala sijil digital pula akan dapat dalam bentuk nombor pin. Sijil kewangan ini digunakan untuk menghantar sebut harga atau sesuatu projek yang anda dapat. Namun sijil digital digunakan semasa anda ingin membuat pengesahan sebut harga melalui sistem eperolehan.
Penyediaan Dokumen
Dari segi penyediaan dokumen pula, untuk sijil kewangan anda diwajibkan mempunyai salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), salinan penyata akaun bank semasa syarikat, salinan penyata caruman KWSP dan resit bayaran caruman pekerja, salinan perjanjian sewa pejabat/dokumen hak milik/surat kebenaran pemilik premis dan juga salinan kad pengenalan pengarah/pemilik serta pekerja syarikat. Manakala dokumen yang perlu disediakan untuk daftar sijil digital eperolehan hanya dua perkara sahaja iaitu salinan kad pengenalan pemilik/pengarah syarikat yang mentadbir sistem dan juga surat rasmi permohonan sijil digital MOF. Surat rasmi permohonan sijil digital ini akan dikeluarkan oleh pihak MOF dan pembekal hanya perlu isikan dan tandatangan sahaja borang tersebut.
Jika anda sudah jelas dan faham apa itu MOF, anda boleh hubungi kami untuk membuat pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi mendapatkan sijil kewangan dan juga untuk daftar sijil digital eperolehan. Anda boleh isikan Borang Permohonan dan kami akan uruskan permohonan tersebut untuk dapatkan sijil digital MOF untuk syarikat anda.
Kami daripada team MOF Solution akan membantu memudahkan urusan permohonan anda dan akan mendapatkan kelulusan untuk syarikat anda seperti pelanggan-pelanggan lain yang telah dapatkan perkhidmatan kami. Setiap pembekal layak mendaftar sijil kewangan dan wajib ada sebagai pencapaian syarikat. Hubungi kami di talian 0189652700 atau 0189652800. Inilah masa yang sesuai untuk anda semua memohon lesen kewangan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Sy dah dapat sijil digital tapi mcm mana nak dapat kan Sijil MoF pula.
Hi. Mohon untuk tuan tinggalkan nombor talefon untuk dihubungi atau boleh terus hubungi pegawai kami di talian 018-9652800 untuk semakan lanjut berkenaan proses permohonan pendaftaran Sijil MOF tuan.