Permohonan Ditolak Oleh MOF?

by

Permohonan Ditolak

Rasa tertekan atau kecewa apabila permohonan ditolak oleh pegawai MOF? Dokumen sokongan yang diminta oleh MOF terlalu sukar untuk disediakan sehingga menyebabkan permohonan ditolak? Dokumen permohonan masih tidak lengkap dan tidak tahu bagaimana untuk melengkapkan permohonan supaya tidak ditolak oleh pegawai MOF?

Pengenalan

Jangan risau, kami akan bongkarkan rahsia bagaimana untuk mengelakkan permohonan pendaftaran yang dibuat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) tidak ditolak dan mendapat kelulusan dalam tempoh yang dijanjikan. Kita juga akan bantu anda untuk menghantar semula permohonan yang ditolak beberapa kali oleh pegawai MOF.

Sebenarnya pendaftaran sijil Kementerian Kewangan Malaysia tidaklah begitu sukar untuk dimohon namun tidak juga mudah untuk mendapatkan kelulusan. Namun begitu, permohonan anda masih boleh dibuat sekiranya anda semua dapat menyediakan segala dokumen yang diminta oleh MOF. Bahkan anda juga perlu mengetahui dokumen-dokumen basic yang perlu ada dalam syarikat/perniagaan anda. Ini adalah penting bagi memastikan segala proses permohonan berjalan dengan lancar dan permohonan mudah diluluskan malah dapat mengelakkan permohonan ditolak oleh pegawai.

Dokumen Penting

Antara dokumen yang perlu disediakan ialah salinan sijil pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), jika tiada SSM anda memang tidak layak untuk memohon sijil MOF ini. Mana mungkin syarikat/perniagaan boleh ditubuhkan sekiranya tidak berdaftar dengan SSM, ini dokumen yang paling basic yang kami maksudkan yang wajib ada. Kedua, penyata akaun bank semasa syarikat, tahukah anda setiap perniagaan sememangnya mempunyai akaun bank sendiri dan tidak boleh menggunakan akaun bank simpanan pemilik/pengarah. Anda perlu memastikan penyata akaun tersebut adalah penyata akaun semasa dan atas nama syarikat yang didaftarkan.

Ketiga, penyata/borang A caruman KWSP pekerja serta resit bayaran caruman. Untuk dokumen ini, bagi pendaftaran baru tidak wajib disediakan namun jika ada boleh disertakan sekali, tetapi untuk pendaftaran pembaharuan syarikat/perniagan wajib sediakan semasa permohonan dibuat. Seterusnya, salinan perjanjian sewa premis yang telah dimatikan setem hasil, jika premis tersebut merupakan premis sendiri yang dibeli hendaklah wajib sediakan dokumen hak milik/geran sebagai bukti. Ini ada 4 dokumen basic yang wajib ada untuk mengelakkan permohonan anda ditolak.

Punca Penolakan

Sini kami bongkarkan antara kesilapan-kesilapan yang berlaku dan menjadi punca permohonan yang dibuat ditolak oleh pegawai MOF. Berdasarkan pengalaman client kami yang alami masalah penolakan permohonan adalah selalu hantar ssm yang telah tamat tempoh sah laku dan kekurangan bilangan muka surat ssm, penyata akaun bank yang dihantar bukan penyata akaun semasa syarikat, tiada caruman KWSP dan resit bayaran, jumlah bayaran KWSP pada penyata tidak selari dengan resit bayaran caruman, perjanjian sewa tidak dimatikan setem dan perjanjian sewa telah luput tarikh. Sangat cepat dalam memberi respond jika terdapat masalah dan membantu saya dalam mendapatkan sijil apabila permohonan ditolak oleh pegawai. Senang untuk berkomunikasi dengan pagawai. Harap prestasi dikekalkan. Terima Kasih

Ingin mengetahui lebih banyak lagi tentang dokumen yang diperlukan bagi mengelakkan permohonan ditolak oleh pegawai MOF? Masih tidak tahu bagaimana permohonan boleh ditolak? Atau keliru dengan dokumen yang disediakan menyebabkan permohonan ditolak? Klik https://www.lesenkewangan.com/borang-permohonan/ di website kami & dapatkan maklumat yang lebih detail daripada pegawai kami. Lepas ini anda tidak perlu risau lagi permohonan ditolak dan menangis dibucu meja kerana kami anda membantu anda.

Artikel Berkaitan

×