
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) memang terkenal dengan proses permohonan pendaftaran MOF yang teliti dan sangat mementingkan ketepatan dokumen. Ramai pembekal rasa kecewa apabila permohonan mereka ditolak berulang kali, tanpa mengetahui apa sebenarnya yang silap.
Jadi… salah siapa? Salah anda atau salah pegawai MOF?
Kalau anda antara pembekal yang pernah alami masalah pendaftaran MOF kena reject, dan dah banyak kali submit tapi tak lepas, artikel ini memang sesuai untuk anda. Ramai pelanggan kami datang dalam keadaan buntu dan tak tahu kesalahan mereka, tak pasti apa yang kurang, dan akhirnya kecewa sebab masa dan tenaga dah habis.
Adakah anda yakin bahawa semua dokumen yang dihantar ke Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah menepati syarat dan memenuhi kehendak yang ditetapkan? Ramai pemilik syarikat beranggapan bahawa permohonan mereka telah lengkap, namun masih menerima notifikasi penolakan daripada pihak MOF.
Hakikatnya, antara punca utama pendaftaran MOF ditolak adalah kerana dokumen yang dihantar tidak selaras dengan maklumat yang diisytiharkan atau dokumen tersebut tidak sah untuk digunakan.
Sebagai penyedia perkhidmatan pendaftaran lesen MOF, kami telah membantu ramai pelanggan yang mengalami situasi ini. Permohonan mereka ditolak berkali-kali disebabkan oleh kesilapan kecil yang sepatutnya boleh dielakkan sejak awal.
Jom kita bongkar 4 sebab utama kenapa pendaftaran MOF anda ditolak
1. Dokumen & Borang Pendaftaran MOF Tidak Lengkap
Ini adalah antara kesilapan paling biasa berlaku. Ramai pemohon tidak menyemak dokumen mereka dengan teliti sebelum menghantar kepada MOF.
Contoh kesilapan lazim:
- Salinan SSM tidak lengkap (ada muka surat yang hilang)
- Maklumat yang tertera pada SSM tidak dikemaskini
- Tiada cop rasmi syarikat pada borang permohonan
Kesalahan seperti ini akan menyebabkan pegawai MOF menolak permohonan secara automatik, tanpa sebarang pertimbangan lanjut. Oleh itu, pastikan setiap dokumen lengkap, sah, dan teratur sebelum dihantar.

2. Maklumat Tidak Selaras Dengan Dokumen Syarikat
Semua maklumat yang diisytiharkan dalam sistem ePerolehan mestilah sepadan dan selaras dengan dokumen sokongan yang disertakan. Sekiranya terdapat percanggahan, permohonan anda boleh ditolak tanpa kompromi.
Antara isu ketidaksesuaian yang sering berlaku:
- Alamat syarikat tidak sama antara sistem eperoelhan dan sijil pendaftaran SSM
- Maklumat pemilik/pengarah berbeza dalam dokumen yang dikemukakan
- Kod bidang perniagaan tidak selari dengan jenis perniagaan dalam SSM

3. Modal Syarikat Tidak Mencukupi
Kementerian Kewangan menetapkan bahawa syarikat mestilah mempunyai modal minimum RM2,500 dalam akaun semasa syarikat. Sekiranya akaun anda tidak menunjukkan jumlah tersebut semasa semakan dijalankan, pendaftaran MOF akan ditolak serta-merta.
Masalah ini sering berlaku kepada:
- Syarikat yang baru didaftarkan
- Syarikat tidak aktif atau tiada transaksi terkini
Pastikan akaun bank syarikat anda aktif, mempunyai baki mencukupi, dan mencerminkan aliran kewangan yang sihat.
4. Tiada Perjanjian Sewa Premis Yang Dimatikan Setem
Salah satu syarat penting dalam permohonan lesen MOF adalah bukti bahawa syarikat beroperasi di premis yang sah. Jika anda menggunakan premis sewaan, perjanjian sewa mestilah dimatikan setem oleh LHDN.
Kesilapan yang sering berlaku:
- Perjanjian sewa tidak dimatikan setem
- Tempoh sewaan telah tamat
- Menggunakan alamat kediaman tanpa dokumen sokongan premis perniagaan
Dokumen berkaitan premis operasi adalah penting untuk membuktikan kewujudan fizikal syarikat. Tanpa dokumen yang sah, permohonan MOF anda berisiko ditolak.
Kami di team support@lesenkewangan.com akan membantu anda untuk mendapatkan sijil kewangan tanpa sebarang penolakan daripada pegawai MOF. Kami juga akan membantu anda untuk memudahkan segala urusan penyediaan dokumen permohonan yang lengkap sebelum dihantar ke MOF untuk mendapatkan kelulusan. Jaminan pulangan wang akan dikembalikan sekiranya permohonan anda ditolak oleh MOF.
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang punca permohonan anda ditolak? Boleh hubungi kami di talian 018-9652700/800 dan boleh layari laman sesawang syarikat kami Lesenkewangan.com untuk mengisi borang permohonan pendaftaran dengan kami.