Perlu Mohon Lesen MOF Atau Tidak Untuk Syarikat?

by

lesen mof

Adakah syarikat anda perlu memohon lesen Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)? Ini adalah soalan penting bagi usahawan yang ingin mendapatkan projek atau tender kerajaan. Artikel ini akan menerangkan keperluan, kelebihan, dan faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

Apa Itu Lesen MOF?

Lesen MOF adalah sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada syarikat yang ingin membekalkan perkhidmatan atau produk kepada agensi kerajaan. Ia membuktikan bahawa syarikat anda layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan untuk berurusan dengan kerajaan.

Lesen MOF juga dikenali sebagai Sijil Kewangan atau lesen kewangan MOF. Pendaftaran Lesen MOF ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang telah berdaftar syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pertubuhan, koperasi atau badan professional di Malaysia.

Selain lesen kewangan MOF, syarikat juga boleh memohon Sijil Taraf Bumiputera (STB) sekiranya memenuhi syarat pemilikan dan penguasaan oleh Bumiputera. Sijil ini membolehkan syarikat menyertai tender atau sebut harga yang dikhaskan untuk pemegang Sijil Bumiputera sahaja. Permohonan sijil ini boleh dimohon selepas syarikat mendaftar permohonan baru MOF dan syarikat mesti memenuhi kriteria Bumiputera yang telah ditetapkan oleh pihak MOF.

Siapa Yang Perlu Memohon Lesen MOF?

Tidak semua syarikat perlu memiliki lesen MOF, tetapi anda wajib memohonnya jika:

  • Ingin membida projek atau tender kerajaan.
  • Menjadi pembekal atau kontraktor kepada agensi kerajaan.
  • Beroperasi dalam industri yang sering digunakan oleh kerajaan, seperti pembekalan alat tulis, peralatan ICT, pembinaan, dan perkhidmatan lain.

Jika perniagaan anda tidak terlibat dengan perolehan kerajaan, lesen MOF mungkin tidak diperlukan.

Kelebihan Memiliki Lesen MOF

  1. Akses kepada tender kerajaan – Layak menyertai sebutharga dan tender kerajaan yang bernilai tinggi.
  2. Meningkatkan kredibiliti syarikat – Lesen MOF membuktikan bahawa syarikat anda memenuhi standard yang ditetapkan oleh kerajaan.
  3. Peluang rangkaian lebih luas – Berpeluang bekerjasama dengan lebih banyak rakan kongsi yang berdaftar dengan MOF.
  4. Keutamaan dalam kontrak kerajaan – Banyak kontrak hanya dibuka kepada syarikat yang mempunyai lesen MOF.

Kos Pendaftaran Lesen MOF

Kos untuk daftar lesen ini tidak lah terlalu mahal. Kos pendaftaran bagi perniagaan milikan tunggal/perkongsian (Enterprise) adalah RM1,200.00 sahaja manakala pendaftaran bagi syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd), koperasi & pertubuhan adalah sebanyak RM1,500.00.

Dengan bayaran ini, anda akan mendapat sehingga 30 kod bidang (maksimum) yang berkaitan dengan jenis perniagaan anda serta sijil digital ePerolehan syarikat.

Tempoh Kelulusan

Tempoh kelulusan bagi permohonan pendaftaran baru hanya mengambil masa 10 hari waktu bekerja sahaja. Manakala bagi sijil taraf bumiputera ini akan makan masa 1 ke 2 bulan kerana permohonan ini memerlukan lawatan tapak oleh pegawai-pegawai MOF ke premis syarikat anda sebelum mendapatkan kelulusan. Tempoh ini mungkin agak lama tetapi bergantung kepada pegawai yang ditugaskan untuk membuat lawatan, ada sesetengah pegawai akan buat lawatan segera dan akan sesetengahnya mengikut jadual yang ditetapkan.

Kesimpulan

Memohon lesen MOF adalah pilihan strategik bergantung kepada objektif perniagaan anda. Jika anda ingin meneroka peluang dalam sektor kerajaan, memiliki lesen MOF memberikan kelebihan yang besar. Namun, jika perniagaan anda tidak terlibat dengan perolehan kerajaan, lesen ini mungkin tidak diperluka

Tidak tahu bagaimana untuk membuat permohonan? Jangan risau.. Hubungi team kami di Lesenkewangan.com untuk dapatkan khidmat konsultan yang terbaik di Malaysia. Bukan sahaja memudahkan urusan permohonan anda bahkan kami juga antara konsultan yang menawarkan caj yang termurah di Malaysia. Segala permohonan anda kami uruskan dari A – Z!

Artikel Berkaitan

×