Isi Kandungan
Dalam pendaftaran lesen MOF Malaysia, setiap syarikat diberikan sebanyak 30 kod bidang bekalan dan perkhidmatan untuk didaftarkan di dalam sijil kewangan. Semestinya syarikat tidak boleh memilih kod bidang ini dengan sewenangnya. Hanya kod bidang yang selari dengan jenis perniagaan syarikat sahaja akan diluluskan. Pemilihan kod bidang ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu kod bidang membekal dan kod bidang perkhidmatan.
Kod Bidang Bekalan
- Kod bidang bekalan adalah kod untuk syarikat yang membekal barang atau peralatan kepada kerajaan. Contohnya membekal makanan bermasak, alat tulis, alatan pejabat serta mesin-mesin untuk kegunaan khusus.
Kod Bidang Perkhimatan
- Kod bidang perkhidmatan pula termasuk segala jenis perkhidmatan yang ditawarkan seperti mencuci bangunan, membaiki kenderaan, sewa bangunan dan kenderaan serta aktiviti pertanian.
Cara Kenali Kod Bidang
Kesilapan memilih kod bidang boleh menyebabkan proses memasuki tender anda terganggu atau gagal. Kod bidang bekalan dan perkhidmatan dianggap berbeza walaupun mempunyai nama yang sama. Sangat penting untuk syarikat mengenal pasti jenis kod sebelum memohon lesen MOF. Cara mudah untuk mengenal pasti adalah dengan melihat kod awalan pada kod bidang tersebut.
Setiap kod bidang didaftarkan dengan 6 digit kod seperti 020601 – Alatulis. Dua digit awalan kod bagi alat tulis adalah digit “02”. Oleh itu, mana-mana kod yang bermula dengan 01 sehingga 21 adalah merupakan kod bidang membekal barang dan peralatan. Manakala kod bidang perkhidmatan pula bermula dengan ko digit “22” dihadapan seperti 221001 – Pembersihan Bangunan Dan Pejabat. Semua kod yang bermula dengan digit “22” adalah bahagian perkhidmtan. Sekarang mungkin anda dah paham serba sedikit bagaimana ingin membaca kod bidang.
Rumusan
Perubahan kod bidang boleh dibuat dengan membuat permohonan tambah kod bidang. Jika anda rasa masih pening dan tidak pasti, hubungi kami terus di talian 018-9652800/700. Pegawai kami sedia untuk menguruskan permohonan anda. Masih rasa ragu-ragu lagi, lihat komen dari pelanggan-pelanggan kami yang pernah berurusan dengan pihak kami sebelum ini.
“Great service and very helpful, 10 star would match”.
– Mohd Fadzil
“Trusted, satisfied and most efficient service.Thanks for your good service”.
– PJS ALOR SETAR KEDAH
0 Comments