Isi Kandungan
Adakah anda merupakan sebuah syarikat perunding yang masih belum mendaftar sijil kewangan disebabkan tidak tahu bagaimana proses pendaftaran ini dilakukan?
Sijil Kewangan
Sijil kewangan ini sangat penting bagi sesebuah organisasi bagi memastikan setiap projek dan tender yang ingin masuk dengan pihak kerajaan berjaya diuruskan oleh syarikat itu. Sijil kewangan juga merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh sesebuah organisasi.
Jadi tugas kami sebagai konsultan untuk pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) ini akan membantu anda bagi memastikan permohonan pendaftaran MOF anda lulus tanpa sebarang penolakan daripada pegawai MOF. Kami akan pastikan permohonan MOF anda akan diluluskan dengan cepat dan pantas.
Dokumen Pendaftaran
Ketahui dokumen wajib yang perlu disediakan oleh syarikat perunding bagi memastikan permohonan pendaftaran MOF ini lengkap dan lulus dengan cepat. Antara dokumen wajib ialah :
- Salinan SSM Borang D/E atau Borang 9
- Salinan sijil pendaftaran syarikat dan pemilik/pengarah dengan badan professional
- Penyata akaun bank semasa
- Salinan Ijazah/Diploma pemilik/pengarah, kakitangan professional, semi-professional dan kerani
- Salinan CV pemilik/pengarah, kakitanga professional, semi-professional dan kerana
- Borang pengesahan penandatangan cek daripada bank
- Penyata dan resit bayaran caruman KWSP
- Peta lakar syarikat
- Perjanjian sewa premis/dokumen hak milik/geran
Untuk pendaftaran sijil kewangan bagi syarikat perunding sememangnya agak rumit sedikit berbanding dengan Syarikat Sendirian Berhad dan Enterprise. Namun, jika syarikat anda tiada sebarang masalah berkaitan dengan dokumen wajib disediakan itu secara tidak langsung, pendaftaran MOF ini akan dipermudahkan dan senang untuk lulus.
Maklumbalas Pelanggan
‘’Sangat memuaskan. Servis terbaik dan boleh dipercayai. Person incharge sangat-sangat professional dan membantu dalam memastikan proses berjalan lancar & berjaya. Terima kasih’’
En. Amir daripada YR Marine & Engineering Sdn bhd.
Ingin mengetahui lebih lanjut untuk pendaftaran MOF ini berkaitan dengan syarikat perunding? Masih mencari konsultan yang boleh dipercayai untuk menguruskan pendaftaran sijil kewangan syarikat anda?
Klik link Lesenkewangan.com sekarang untuk dapatkan khidmat konsultan kami. Kami beroperasi setiap isnin hingga jumaat bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang.