Pendaftaran Sijil MOF Untuk Firma Perunding

by

Pendaftaran Sijil MOF Untuk Firma Perunding

Hari ini saya akan kongsikan serba sedikit maklumat tentang pendaftaran sijil MOF untuk Firma Perunding. Pertama sekali bagi syarikat besar seperti perunding, permohonannya agak sedikit rumit kerana memerlukan kelayakan & dokumen tertentu.

Sijil MOF Untuk Firma Perunding

Sesebuah firma perunding yang ingin mendapatkan Sijil Kewangan MOF perlu memastikan mereka memiliki pasukan tenaga kerja yang berkelayakan. Kementerian Kewangan Malaysia menetapkan syarat ketat bahawa setiap firma mesti mempunyai kakitangan profesional, separa profesional, dan juga kerani. Tanpa pematuhan terhadap syarat ini, permohonan akan serta-merta ditolak.

Kakitangan Profesional – Mesti memiliki Ijazah dalam bidang berkaitan.
Kakitangan Separa Profesional – Sekurang-kurangnya memiliki Diploma.
Kerani – Wajib mempunyai kelulusan SPM.

Sijil Kewangan MOF bukan sekadar dokumen, ia adalah kunci utama bagi firma perunding untuk menyertai projek serta tender kerajaan. Dengan sijil ini, firma anda dapat mengendalikan urusan perolehan dengan lebih lancar dan profesional.

Berikut adalah dokumen wajib yang perlu disediakan bagi pendaftaran sijil MOF untuk firma perunding:

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan SSM Borang D/E atau Borang 9.
  • Salinan sijil pendaftaran syarikat dan pemilik/pengarah dengan badan professional.
  • Penyata akaun semasa firma.
  • Salinan Ijazah/Diploma pemilik/pengarah, kakitangan professional, semi-professional  dan kerani.
  • Salinan CV pemilik/pengarah, kakitanga professional, semi-professional dan kerani.
  • Borang pengesahan penandatangan cek daripada bank.
  • Penyata dan resit bayaran caruman KWSP.
  • Peta lakar ke premis syarikat.
  • Perjanjian sewa premis/dokumen hak milik/geran.

Walaupun bagaimanapun, segala masalah ini boleh diselesaikan. Di sinilah peranan pihak kami di Lesenkewangan.com dapat membantu anda. Kami juga sediakan perkhidmatan pendaftaran MOF bagi semua syarikat termasuk firma perunding dan memberi khidmat rundingan mengenai proses pendaftaran MOF. Apa yang penting bagi kami adalah proses permohonan tersebut berjalan lancar dan mendapat kelulusan sijil kewangan dari Kementerian Kewangan Malaysia dalam masa yang ditetapkan. Hubungi hotline kami di talian 018 – 9652 800 atau emailkan ke support@lesenkewangan.com untuk sebarang pertanyaan.

Artikel Berkaitan

×