Pengenalan Sijil MOF
Apa itu sijil MOF ? Kerajaan mewujudkan sijil MOF adalah untuk memperkukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara selain menjamin kekayaan negara dapat diagihkan dengan betul serta meningkatkan kesejahteraan penduduk. Permohonan lesen ini hanya layak kepada yang menjalankan perniagaan seperti jenis syarikat Enterprise, syarikat Sdn Bhd, Perkongsian atau syarikat yang berdaftar dengan Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM) sahaja. Anda perlu ingat, setiap jenis perniagaan mempunyai sedikit perbezaan dalam permohonan sijil MOF
Secara umumnya untuk menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia anda perlu membuat permohonan lesen Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Apabila anda membuat pendaftaran MOF anda akan mendapat sijil MOF. Dengan adanya sijil kewangan MOF ini ia menunjukkan anda telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan anda boleh memasuki tender kerajaan dan agensi yang berkait dengannya. Sistem ePerolehan Malaysia merupakan satu sistem elektronik dalam talian yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai fungsi untuk memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dengan para pembekal untuk pendaftaran MOF. Melalui sistem ePerolehan Malaysia, anda sebagai pembekal dapat mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet. Para pembekal juga lebih mudah untuk dihubungi kerana segala maklumat telah dinyatakan di dalam sistem ePerolehan Malaysia.
Bagi permohonan anda yang sudah diluluskan, anda akan diberikan sijil kewangan MOF yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Sijil ini mesti diperbaharui setiap 3 tahun. Anda akan mempunyai akaun profil di dalam sistem ePerolehan bagi membolehkan para pembekal menghantar sebut harga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan. Akaun MOF juga mempunyai kod bidang mof yang tersendiri di mana kod bidang ini yang akan menentukan jenis – jenis tender yang layak dipohon oleh pembekal.
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat pendaftaran MOF untuk syarikat anda, kami di sini sedia berkhidmat untuk anda. Hubungi sahaja talian hotline kami 018 – 9652 800 atau boleh isikan maklumat ke www.lesenkewangan.com/borang-permohonan/ untuk sebarang pertanyaan. Pegawai kami sentiasa sedia untuk membantu anda.
Excellent service! We will definitely engage them for other MOF application in the near future.
Tahpi Pty Ltd MYKL