Daftar Sijil Kewangan Tanpa Premis Perniagaan

by

sijil kewangan

Pendahuluan

Ramai perniaga sering bertanya kepada pihak kami “saya tak ada premis perniagaan, layak ke untuk saya daftar sijil kewangan?” Jawapannya adalah “Ya anda layak”. Walaupun anda tiada premis perniagaan, sekadar menggunakan alamat rumah kediaman di dalam alamat pendaftaran perniagaan SSM, anda masih layak untuk mendaftar sijil kewangan dengan syarat anda perlu juga membuka akaun bank semasa diatas nama syarikat anda. Dengan keadaan pandemik Covid-19 dan ekonomi yang tidak menentu sekarang, sudah pasti ramai perniaga yang telah menutup premis perniagaan bagi mengurangkan kos operasi. Namun ia tidak menghalang untuk anda terus berhenti berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan.

Sijil Kewangan

Kebiasaanya pendaftaran mof untuk enterprise lebih banyak menggunakan alamat rumah sebagai premis perniagaan. Bagi perniaga yang menggunakan alamat rumah, pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah menetapkan hanya 45 jenis kod bidang sahaja yang boleh dipilih untuk didaftarkan di dalam sijil kewangan. Bagi pendaftaran mof untuk enterprise jumlah kod bidang yang boleh didaftarkan di dalam sijil kewangan adalah maksimum 30 kod daripada 45 jenis kod yang ditawarkan.

Kod Bidang

Kod bidang membekal makanan adalah antara kod bidang yang popular sering dipilih oleh peniaga. Hal ini kerana kod ini boleh beroperasi dari rumah sahaja dan mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan tender kerajaan. Setiap tahun kerajaan akan membuka tender membekal makanan di kantin atau dewan makan di seluruh sekolah di Malaysia. Cuba anda kira berapa banyak sekolah yang ada di dalam Malaysia. Bukan kod bidang makanan sahaja yang sering dipilih untuk untuk daftar sijil kewangan, kod bidang membersih Kawasan dan bangunan juga antara kod bidang sering dipilih oleh perniaga. Kod ini juga termasuk di dalam 40 jenis kod bidang yang disenarai oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi syarikat yang beroperasi dari rumah kediaman.

Kesimpulan

Kesimpulannya, tidak mempunyai premis perniagaan bukanlah penghalang untuk anda berhenti berurusan dengan jabatan kerajaan. Masih banyak peluang untuk anda meneruskan perniagaan. Anda harus percaya pada rezeki dan setiasa berusaha ke arah kejayaan. Kami di Lesenkewangan.com sentiasa mendoakan pelanggan-pelanggan kami Berjaya dalam perniagaan yang diceburi. Tidak banyak yang kami boleh bantu, namun jika ia berkaitan dengan pendaftaran sijil kewangan kamilah yang patut and cari. Kami sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah dan memudahkan proses permohonan lesen kewangan syarikat anda.

Artikel Berkaitan

×