Alamak!! lesen kewangan syarikat dah hampir tamat!. Negara masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Macam mana saya nak perbaharui lesen kewangan? Jom kita lihat boleh atau tak mohon lesen kewangan.
Umum mengetahui bahawa Malaysia kini sedang diserang wabak pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan beribu kematian sehingga kini. Sejak tahun 2020 lagi kita telah berperang dengan wabak ini sehingga kini tahun 2021 kita masih belum bebas. Malahan wabak ini menjadi makin teruk dengan wujudnya varian-varian baru COVID-19 yang lebih kuat dan dasyat.
Langkah kerajaan melaksana kan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bagi memastikan wabak COVID-19 ini berjaya dibendung dari merebak ke orang ramai. Kita dapat lihat sekarang hampir seluruh perniagaan diarah tutup termasuklah pejabat-pejabat agensi kerajaan khususnya Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Jika semua kaunter pejabat ditutup, macam mana dengan segala urusan kita? adakah ia perlu ditangguh semuanya sehingga tempoh PKP ini tamat? Bila pulak PKP ini akan ditamatkan? kita pon belum pasti berapa lama PKP ini akan tamat memandangkan kes harian kian meningkat sehingga mencecah 20,000 kes sehari.
Oleh yang demikian, kami di Lesenkewangan.com sentiasa peka akan masalah yang dihadapi. Atas dasar prihatin, kami tetap beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh PKP dari jam 08.30am – 05.30pm setiap hari Isnin hingga Jumaat. Dengan menjalankan kaedah Work from home, kami akan sentiasa pastikan bahawa pelanggan-pelanggan kami tidak terlepas dengan sebarang maklumat terkini atau masalah penangguhan permohonan. Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat permohonan berkaitan lesen kewangan, kami sedia untuk menguruskan permohonan anda bila-bila masa sahaja. Hubungi talian hotline kami 018 – 9652 800 atau emailkan ke support@lesenkewangan.com untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Anda tidak perlu hadir ke pejabat kami untuk meguruskan permohonan anda. Patuhi arahan Perdana Menteri kita just stay at home, kerana segala urusan pendaftaran boleh dilakukan melalui atas talian dengan menghubungi pegawai kami dan emailkan dokumen permohonan untuk diproses. Akhir kata, sila buat permohonan anda sekarang bagi mengelakkan kesesakan & kelewatan kelulusan selepas tempoh PKP wabak Covid-19 berakhir.