Kepentingan Daftar Sijil Digital Eperolehan

by

daftar sijil digital

Maksud

Daftar sijil digital Eperolehan merupakan merupakan satu keperluan penting bagi syarikat yang ingin berurusan dengan jabatan kerajaan. Ia merupakan merupakan perkara wajib yang perlu ada bagi syarikat yang ingin bertransaksi secara atas talian (online) tertutama jika berurusan dengan jabatan kerajaan Persekutuan. Sebelum ini ia dikenali sebagai Token ePXS (Usb Drive). Selari dengan perkembangan teknologi dan era digital, ia telah ditukarkan kepada dalam bentuk nombor pin dan soalan keselamatan bermula tahun 2018.

Ramai yang menganggap daftar sijil digital eperolehan ini tidak penting. Mereka hanya membuat pendaftaran MOF sahaja. Apabila sudah terima sijil MOF mereka menganggap permohonan telah selesai. Namun apabila ingin berurusan dengan jabatan kerajaan syarikat tidak cukup syarat.

Kelebihan

Tahukah anda semua urusan perolehan kerajaan memerlukan tandatangan dan pengesahan. Oleh itu sijil digital eperolehan ini bertindak sebagai tanda tangan digital untuk melakukan pengesahan dokumen di atas talian. Penggunaan sijil digital eperolehan ini tidak lah susah, ia mengandungi nombor pin dan jawapan keselamatan yang perlu dimasukkan Ketika membuat pengesahan transaksi dengan jabatan kerajaan. 

Sijil digital eperolehan mempunyai tempoh sah laku iaitu salama 3 tahun. Namun tempoh sah laku ini tidak terikat dengan sijil MOF kerana tempoh sah sijil digital mengikut Tarikh anda daftar sijil digital eperolehan. Setiap syarikat boleh memiliki lebih dari 1 penama untuk daftar sijil digital eperolehan.

Kebiasaanya jika anda membuat pendaftaran MOF dengan Lesenkewangan.com, pegawai kami akan nasihatkan untuk daftar sijil digital eperolehan agar syarikat dapat menjimatkan kos dan masa pendaftaran. Dengan memilih pakej permohonan baru beserta sijil digital, anda dapat menjimatkan kos sehingga RM70.00. Bukan sekadar jimat, segala pendaftaran sijil MOF, sistem eperolehan dan juga sijil digital akan kami uruskan sehingga lulus.

Maklumbalas

Dengan harga serendah RM980.00 bagi permohonan baru anda boleh dapat pelbagai faedah malahan bukan hanya satu pendaftaran tetapi 3 jenis pendaftaran sekaligus. Berbaloi kan? Ramai pelanggan kami telah berpuas hati dengan servis yang ditawarkan. Tidak percaya? Boleh baca ulasan pelanggan-pelanggan kami yang telah Berjaya.

“Sangat cepat dalam memberi respond jika terdapat masalah dan mebantu saya dalam mendapatkan sijil. Senang untuk berkomunikasi dengan pagawai. Harap pretasi dikekalkan. Terima Kasih”

Najihah Jefri

Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ini, sudah pasti pihak kami lebih mengetahui selok belok berkenaan pendaftaran sijil MOF dan eperolehan. Anda jangan risau, segala maklumat anda akan disimpan seketatnya dan hanya digunakan bagi permohonan untuk pendaftaran MOF dan daftar sijil digital eperolehan sahaja.

Macam mana nak berurusan dengan pihak kami? Mudah sahaja hanya dengan hanya mengikuti 5 langkah anda akan dapat mendaftarkan sijil MOF bagi syarikat anda. Hanya perlu isi Borang Permohonan permohonan, buat bayaran separuh atau penuh dan pegawai kami akan hubungi anda untuk proses selanjutnya.

Artikel Berkaitan

×