Isi Kandungan
Adakah anda seorang pembekal bumiputera yang sedang struggle untuk membuat permohonan pendaftaran sijil taraf bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi mendapatkan tender/sebut harga kerajaan yang mewajibkan syarikat mempunyai sijil taraf bumiputera?
Kelebihan Bumiputera
Sijil taraf bumiputera merupakan salah satu kelebihan yang dimiliki oleh para pembekal yang mendaftar dengan MOF untuk mendapatkan tender, hal ini kerana sijil ini hanyalah dibuka kepada syarikat/perniagaan yang dimiliki/dipegang oleh bumiputera sahaja dan banyak tender dibuka khas untuk pembekal yang ada sijil taraf bumiputera sahaja. Maka sangat beruntung jika anda mendaftar sijil bumiputera dengan MOF.
Sebab itu, kami di MOF Solution ingin mengajak anda untuk mendaftar sijil taraf bumiputera supaya syarikat anda mempunyai satu kelebihan berbanding dengan syarikat yang tidak boleh mohon sijil ini. Bukan itu sahaja anda juga boleh memanfaat sijil ini untuk masa akan datang nanti sebagai pencapaian syarikat anda.
Cara Pendaftaran
Ketahui cara-cara pendaftaran sijil bumiputera ini dan dokumen penting yang wajib ada bagi membolehkan anda untuk mendapat kelulusan dalam permohonan ini. Untuk makluman permohonan taraf bumiputera memerlukan lawatan tapak daripada pegawai MOF sebelum mendapat kelulusan. Dan kelulusan kemungkinan memakan masa 3-4minggu bergantung kepada pegawai yang membuat lawatan itu.
Dokumen Asas
Untuk memohon sijil ini, anda semua perlu memastikan semua dokumen asas yang disenaraikan dibawah ini lengkap.
- Salinan Suruhanjaya Syarikat (SSM) iaitu Borang D/E atau Borang 9.
- Salinan penyata akaun bank semasa syarikat.
- Salinan KWSP perkerja dan resit bayaran caruman.
- Perjanjian Sewa Pejabat/Dokumen Hak milik.
- Peta lakar syarikat.
- Salinan kad pengenalan pemilik/pengarah & pekerja.
- Carta Organisasi Syarikat.
Nak mengetahui lebih lanjut mengenai dokumen penting yang wajib ada untuk pendaftaran sijil bumiputera? Masih belum jelas tentang dokumen tersebut? Atau dokumen sudah lengkap tetapi tidak tahu bagaimana cara pendaftaran bumiputera ini diproses?
Klik link https://www.lesenkewangan.com/borang-permohonan/ ini sekarang untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut atau boleh terus hotline kami di talian 018-9652800 & 018-9652700 untuk bercakap terus dengan pegawai yang berpengalaman.