Isi Kandungan
Tidak tahu jumlah sebenar kod bidang MOF yang boleh dipohon dengan Kementerian Kewangan Malaysia? Masih belum berpuas hati dengan jumlah kod bidang yang didaftarkan sebelum ini? Terasa rugi jika tidak memohon kesemua kod yang selari dengan jenis perniagaan yang ada pada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) anda?
Jumlah Kod Bidang
Anda layak memohon sebanyak maksimum 30 kod bidang di dalam sijil kewangan anda. Minimum hendaklah sekurang-kurangnya ada satu kod yang didaftarkan. Namun pun begitu tidak semestinya anda wajib memohon kesemua 30 kod bidang MOF. Ianya bergantung juga kepada jenis perniagaan yang ada di maklumat perniagaan SSM anda. Jadi anda berhak untuk memohon seberapa banyak kod yang selari dengan jenis perniagaan anda selagi mana tidak melebihi 30 kod.
Kami team akan bantu anda untuk dapatkan atau membuat permohonan tambah bidang dengan MOF. Kami akan bantu anda untuk mendapatkan 30 jenis kod bidang didalam sijil MOF dengan syarat kod bidang MOF yang dipohon perlu terdapat di dalam jenis perniagaan.
Jenis-Jenis Kod Bidang MOF
Terdapat 2 jenis Kod bidang MOF iaitu kod rumah dan kod pejabat. Kod rumah bermaksud kod yang syarikatnya beroperasi menggunakan alamat rumah pemilik atau dalam makna lain, alamat rumah pemilik adalah alamat sama yang didaftarkan dengan alamat perniagaan di dalam SSM. Manakala kod pejabat pula merupakan kod yang perniagaanya beroperasi daripada pejabat dan alamat tidak sama dengan pemilik.
Kod Bidang Khas
Terdapat juga kod khas dengan kod biasa. Kod bidang biasanya kod yang tidak memerlukan syarat yang memerlukan anda sediakan dokumen sokongan. Namun bagi kod khas/special ini ada kategorinya antaranya kod bengkel, kod percetakan/printing, kod perunding, kod pembuat. Kategori kod-kod bidang ini sememangnya memerlukan dokumen sokongan yang wajib ada seperti lesen pihak berkuasa tempatan, lesen pengilang MITI/MIDA, insurans dan banyak lagi syarat-syarat lain.
Mudah berurusan dengan MOF Solution hanya melalui whatsApp untuk pendaftaran..staff yang friendly dan banyak membantu bagi cadangan mengenai kod bidang ..semoga perniagaan terus berjaya & sukses..
NAIM RIZAL
recommended..
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kod bidang MOF anda? Sila hubungi kami di talian 018-9652 800 atau 018-9652 700 atau isikan Borang Permohonan di laman web kami. Pegawai kami akan hubungi anda dalam tempoh 24 jam selepas borang permohonan tersebut dihantar.
Anda berminat untuk membuat permohonan tambah bidang dengan kami? Masih belum tahu bidang apa yang sesuai untuk dimohon yang ada dalam jenis perniagaan anda, boleh dapatkan khidmat kami. Atau sijil MOF anda masih belum mencukupi bilangan kod, jangan segan untuk buat permohonan dengan kami. Segalanya kami akan bantu anda bagi mendapatkan kod yang anda inginkan. Kami akan memudahkan urusan anda.