Hari ini saya akan kongsikan tentang pendaftaran MOF atau juga dikenali sebagai pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia. Ramai yang tertanya-tanya apa perbezaan antara daftar Eperolehan, Sijil MOF, Lesen MOF & Pendaftaran MOF. Mesti ramai yang tengah pening kepala kerana tidak banyak info tentang pendaftaran MOF yang boleh dicari di internet.
Sebenarnya pendaftaran Ministry of Finance (MOF) atau pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia adalah merujuk kepada perkara yang sama iaitu Sijil MOF, Lesen MOF & Pendaftaran MOF. Untuk membuat pendaftaran MOF, anda perlu terlebih dahulu memiliki:
- Daftar Perniagaan SSM
- Penyata akaun semasa syarikat
- Kad pengenalan (warganegara) atau passport (warga asing) pemilik & pekerja
- Perjanjian sewa premis perniagaan (jika beroperasi di premis perniagaan)
- Caruman KWSP pekerja
Dokumen yang disenaraikan di atas adalah untuk perniagaan milikan tunggal /perkongsian (Enterprise) sahaja. Sekiranya anda memiliki syarikat Sdn. Bhd, Koperasi, Persatuan atau Firma Perunding, anda perlu dapatkan dari kami kerana dokumen-dokumen tersebut berbeza & lebih kompleks bergantung kepada jenis syarikat & bidang permohonan anda dengan MOF.
Selain daripada dokumen di atas, pendaftaran juga perlu dibuat dengan cara & saluran yang betul supaya permohonan anda tidak ditolak & mengambil tempoh masa yang lama untuk kelulusan.
Dengan pengalaman lebih 10 tahun dan telah menguruskan lebih 2570 permohonan syarikat, kami akan pastikan permohonan anda mendapat kelulusan dalam tempoh yang singkat. Setiap urusan boleh dibuat secara online sama ada melalui email, whatsapp atau melalui cara yang anda lebih suka. Pegawai kami yang ceria akan sentiasa bersedia untuk menguruskan permohonan syarikat anda. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di talian 018 9652 700 / 018 9652 800 atau emailkan ke support@lesenkewangan.com untuk berbincang tentang pendaftaran untuk syarikat anda. Lihatlah pelanggan-pelanggan lain yang telah dapatkan perkhidmatan daripada pihak kami.