Kelebihan Memiliki Sijil Kewangan MOF Untuk Para Pembekal

by

kewangan mof

Pengenalan

Bila sebut sahaja lesen kewangan bermacam tafsiran yang bermain di fikiran kita. Ada juga yang beranggapan lesen kewangan ini tempat untuk pinjam duit atau pun kita panggil pinjaman wang berlesen. Namun semua itu tidak betul sama sekali kerana kami di Lesenkewangan.com bukanlah menyediakan pinjaman wang berlesen tetapi kami menyediakan perkhidmatan bagi pendaftaran lesen kewangan MOF dengan Kementerian Kewangan Malaysia. 

Kelebihan Memiliki Lesen Kewangan MOF

Seperti sedia maklum apabila sesebuah syarikat itu ingin membekal bekalan atau perkhidmatan kepada jabatan kerajaan mereka harus memiliki lesen kewangan MOF ini dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Dengan adanya lesen kewangan, syarikat anda telah sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Sebagai contoh, anda seorang pengusaha kantin di sebuah sekolah kebangsaan, untuk membekal makanan di kantin sekolah tersebut, syarikat wajib berdaftar lesen kewangan MOF dalam bidang makanan. Tanpa lesen kewangan MOF yang sah, anda tidak layak untuk memasuki tender yang ditawarkan oleh jabatan kerajaan. Bukan itu sahaja, anda boleh mendapatkan status bumiputera. Hal ini akan memberikan kelebihan berbanding pesaing anda di luar sana. Tambahan lagi, syarikat anda juga mampu mendapat lebih kredibiliti dan lebih dipercayai kerana telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

Kesimpulan

kami di Lesenkewangan.com menawarkan permohonan pendaftaran lesen kewangan dengan kadar harga yang menarik. Anda boleh dapatkan sijil kewangan bagi syarikat Enterprise/Trading untuk tempoh sah 3 tahun. Bukan itu sahaja, anda juga akan menerima 30 kod bidang percuma serta sijil digital ePerolehan. Nak tahu lebih lanjut berkenaan pendaftaran lesen Kementerian Kewangan Malaysia? hubungi talian hotline kami di 018-9652800. Anda juga boleh mengisi Borang Permohonan dan kami akan uruskan permohonan tersebut untuk dapatkan lesen kewangan MOF untuk syarikat anda. Pegawai kami sedia membantu anda seperti pelanggan-pelanggan lain yang telah dapatkan perkhidmatan kami.

Artikel Berkaitan

×