Kod Bidang Pembuat Untuk Pendaftaran Syarikat Dengan MOF

by

kod bidang pembuat

Adakah anda merupakan sebuah syarikat yang besar dan mempunyai kilang untuk membuat pendaftaran kod bidang pembuat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Apa itu Kod Pembuat

Kod bidang pembuat ini tidak banyak syarikat yang layak mohon kerana dokumen dan syarat yang dikehendaki oleh pihak MOF adalah sangat remeh dan cerewet sekiranya anda bukan dalam bidang pembuat. Ramai pembekal tidak mengetahui dokumen-dokumen yang wajib disediakan ketika membuat permohonan sijil kewangan ini. Dan ada sesetengah pembekal tidak tahu bahawa kod yang berakhir dengan angka 99 merupakan pembuat.

Sebab itu, kami ingin menjelaskan kepada anda semua terutama pembekal yang dalam bidang pembuat ini supaya fahamkan dahulu syarat-syarat wajib untuk kod pembuat dan dokumen yang wajib ada bagi kod tersebut sebelum membuat permohonan sijil kewangan dengan MOF.

Syarat Kod Pembuat

Antara dokumen yang wajib disediakan untuk pendaftaran bidang pembuat (xxxx99) adalah seperti berikut :

  1. Modal berbayar / terkumpul RM50,000.00
  2. Surat perjanjian sewa premis yang dimatikan setem/dokumen hak milik sendiri
  3. Lesen Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  4. Insuran kilang dan peralatan
  5. Senarai mesin dan peralatan/kelengkapan kilang, resit belian perlu disertakan/cara perolehan/acuan (mould)
  6. Lesen Pengilang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)/ Surat pengecualian lesen pengilang Lembaga Kemajuan Malaysia (MIDA) bagi syarikat yang memiliki modal berbayar kurang dari RM 2.5 juta dan pekerja kurang daripada 75 orang.
  7. Penyata caruman KWSP dan SOCSO terkini
  8. Kelulusan KASTAM (bahan/barangan input yang diimport)
  9. Carta aliran kerja proses pengeluaran produk dan struktu kod produk termasuk peratusan pengeluaran sendiri
  10. Peta lakar yang lengkap dan jelas dari jalan utama ke premis dengan mercu tanda yang mudah dikenalpasti
  11. Gambar kilang dan peralatan

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kod bidang pembuat? Atau ingin semak kelayakan untuk memohon kod bidang pembuat?

Klik link dibawah sekarang untuk mendapatkan khidmat konsultan kami berkaitan dengan pendaftaran sijil kewangan syarikat anda. Sila isikan Borang Permohonan dan kami akan uruskan permohonan tersebut untuk dapatkan sijil kewangan untuk syarikat anda.

Atau anda boleh hubungi kami ditalian hotline 0189652800 & 0189652700 untuk bercakap dengan pegawai terlatih kami.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

×