
Adakah anda seorang pembekal bumiputera yang sedang menghadapi kesukaran dalam proses permohonan pendaftaran Sijil Taraf Bumiputera (STB) dengan Kementerian Kewangan Malaysia? Adakah anda mengalami cabaran dalam memenuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan bagi mendapatkan pengiktirafan ini, yang merupakan satu keperluan penting untuk membolehkan syarikat anda menyertai tender atau sebut harga kerajaan yang mewajibkan pemilikan sijil tersebut?
Kelebihan Bumiputera
Sijil Taraf Bumiputera merupakan salah satu kelebihan eksklusif yang dimiliki oleh para pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam usaha mendapatkan tender kerajaan. Ini kerana sijil ini hanya dibuka kepada syarikat atau perniagaan yang dimiliki dan dipegang oleh Bumiputera sepenuhnya. Lebih menarik lagi, banyak tender khas yang hanya dibuka untuk pembekal yang memiliki sijil ini, memberikan kelebihan yang signifikan kepada syarikat yang layak.
Dengan memiliki Sijil Taraf Bumiputera, syarikat anda akan mempunyai daya saing yang lebih tinggi berbanding syarikat lain yang tidak memenuhi syarat untuk memohon sijil ini. Selain memudahkan anda memperoleh peluang perniagaan yang lebih luas, sijil ini juga boleh dijadikan sebagai pencapaian penting bagi syarikat anda dalam jangka masa panjang, memperkukuhkan reputasi dan kredibiliti di pasaran.
Oleh itu, kami di lesen kewangan ingin mengajak anda untuk mengambil langkah bijak dengan mendaftarkan Sijil Taraf Bumiputera bagi syarikat anda. Jangan lepaskan peluang ini untuk mengukuhkan kedudukan syarikat dalam sektor perniagaan dan mendapatkan lebih banyak kelebihan dalam mendapatkan tender kerajaan. Bertindak sekarang dan manfaatkan keistimewaan yang disediakan khas untuk syarikat Bumiputera.
Cara Pendaftaran
Ketahui cara-cara pendaftaran sijil bumiputera ini dan dokumen penting yang wajib ada bagi membolehkan anda untuk mendapat kelulusan dalam permohonan ini. Untuk makluman permohonan taraf bumiputera memerlukan lawatan tapak daripada pegawai MOF sebelum mendapat kelulusan. Dan kelulusan kemungkinan memakan masa 1 – 2 bulan bergantung kepada pegawai yang membuat lawatan itu.

Dokumen Asas
Untuk memohon sijil ini, anda semua perlu memastikan semua dokumen asas yang disenaraikan dibawah ini lengkap.
Nak mengetahui lebih lanjut mengenai dokumen penting yang wajib ada untuk pendaftaran sijil bumiputera? Masih belum jelas tentang dokumen tersebut? Atau dokumen sudah lengkap tetapi tidak tahu bagaimana cara pendaftaran bumiputera ini diproses?
Klik link https://www.lesenkewangan.com/borang-permohonan/ ini sekarang untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut atau boleh terus hotline kami di talian 018-9652800 & 018-9652700 untuk bercakap terus dengan pegawai yang berpengalaman.