Untuk menjalankan urusniaga dengan jabatan kerajaan Malaysia dalam bidang percetakan, syarikat anda haruslah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan memiliki kod bidang percetakan. Namun begitu terdapat banyak syarat-syarat untuk melayakkan sesebuah syarikat memiliki kod bidang ini.
Syarat-Syarat Permohonan Kod Bidang Percetakan
- Modal berbayar/ terkumpul RM50,000.00.
- Penguasaan syarikat 100% Bumiputera kecuali pekerja 80% Bumiputera (20% Pekerja Bukan Bumiputera).
- Lesen percetakan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bidang 221601 hingga 221608.
- Surat kelulusan Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (Jabatan Perdana Menteri) bagi bidang 221607 dan 221608.
- Minimum tiga (3) orang pekerja tetap yang dicarum KWSP tidak termasuk pemilik/pengarah.
- Syarikat yang mempunyai mesin cetak digital (digital off-set) merupakan satu kelebihan sahaja.
- Lesen PBT.
Kod ini dikategorikan sebagai kod bidang khas yang memerlukan lawatan tapak oleh pihak MOF. Terdapat lebih banyak syarat-syarat & dokumentasi yang perlu dilengkapkan berbanding dengan permohonan kod bidang biasa dan ianya agak susah untuk mendapat kelulusan dari pihak MOF jika syarat-syarat tersebut tidak dipatuhi. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana kami akan memastikan proses permohonan tersebut berjalan lancar sehingga permohonan anda diluluskan. Hubungi hotline kami ditalian 018 9652 800 atau emailkan ke www.lesenkewangan.com untuk sebarang pertanyaan tentang permohonan kod bidang percetakan untuk syarikat anda.