Mesti ramai yang tertanya jika sudah mempunyai lesen kewangan, bolehkah syarikat memasuki sebut harga & tender dengan pihak kerajaan? Berapa banyak kod bidang yang boleh ditambah? Untuk permohonan tambah bidang MOF ini, had maksimum kod bidang yang dibenarkan adalah 30 kod bidang sahaja. Jika sebelum ini syarikat anda sudah mempunyai 10 kod yang lama, jadi masih berbaki 20 kod lagi yang boleh dimasukkan.
Permohonan tambah kod bidang adalah permohonan untuk menambah bidang bagi syarikat yang telah berdaftar dan masih sah laku. Tambahan kod bidang tidak akan dipertimbangkan jika dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh pendaftaran semasa.
Syarikat tidak mempunyai kod yang diperlukan oleh pihak kerajaan?? Anda boleh menambah kod itu dengan cara yang lebih mudah dan pantas. Jom saya kongsikan.
Menghadapi masalah seperti :
- Menggunakan alamat rumah
- Tiada premis pejabat
- Tiada perjanjian sewa
- Tiada caruman KWSP pekerja
Masalah di atas seringkali terjadi untuk permohonan tambah kod bidang. Bagi yang menggunakan alamat rumah, kod bidang rumah sahaja yang dibenarkan untuk memohon. Lesenkewangan.com akan mengurus permohonan anda diluar sana untuk mendapatkan kod bidang MOF yang diperlukan dengan Kementerian Kewangan Malaysia.
Dokumen Asas Untuk permohonan Tambah Bidang MOF
- Borang permohonan.
- SSM yang telah ditambah jenis perniagaan.
- Penyata akaun semasa syarikat.
- Borang senarai kod bidang.
Jika anda sudah memiliki dokumen-dokumen yang kami nyatakan, hubungi kami atau hantarkan permohonan anda sekarang. Kod bidang MOF yang boleh ditambah bagi alamat rumah kebiasaanya tidak begitu meluas seperti kod bidang pejabat, tetapi untuk syarikat yang beroperasi dari premis rumah, jangan risau kerana masih banyak kod bidang MOF yang boleh anda tambah. Terdapat 46 kod bidang yang layak bagi syarikat yang beroperasi dari premis rumah.
Pihak kami sedia menguruskan proses tambah bidang MOF untuk syarikat anda.