Pendaftaran sijil MOF untuk enterprise dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) ini tidak lah sukar tetapi prosesnya agak melecehkan. Anda bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer, malah perlu tahu menggunakan internet. Ini adalah antara punca utama mengapa kebanyakan pemohon mempunyai masalah dalam proses pendaftaran mof untuk enterprise. Kebanyakan daripada dokumen permohonan yang dilampirkan tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan menyebabkan permohonan mereka tidak diluluskan. Di sini saya kongsikan 3 sebab pendaftaran sijil MOF untuk Enterprise tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Dokumen & Borang Permohonan Tidak Lengkap
Permohonan anda tidak dapat diproses sekiranya terdapat dokumen sokongan atau borang yang tidak lengkap atau tidak disertakan bersama seperti yang dikehendaki mof seperti ssm syarikat, penyata bank syarikat & borang permohonan mof.
Maklumat Yang Diistiharkan Tidak Selaras Dengan Dokumen Syarikat
Maklumat yang telah diisytiharkan oleh pihak syarikat tidak selaras atau bercanggah dengan butiran yang terdapat dalam ssm syarikat yang telah dikemukakan & akan menyebabkan permohonan pendaftaran sijil mof syarikat anda ditolak.
Modal Syarikat Tidak Mencukupi
Bagi permohonan pendaftaran sijil MOF (Kementerian Kewangan Malaysia), adalah menjadi syarat wajib bagi setiap syarikat untuk memastikan bahawa mereka mempunyai modal syarikat minimum sebanyak RM2,500. Sekiranya jumlah modal yang dinyatakan tidak mencapai had minimum yang telah ditetapkan ini, maka permohonan syarikat tersebut akan ditolak secara automatik oleh pihak kami tanpa pertimbangan lanjut.
Untuk syarikat yang berstatus Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.), pihak syarikat perlu memastikan bahawa jumlah modal berbayar yang dinyatakan dalam dokumen rasmi syarikat adalah sekurang-kurangnya RM2,500 atau lebih. Bukti yang sah berkaitan modal berbayar ini perlu dikemukakan semasa proses permohonan dijalankan.
Manakala bagi syarikat jenis milikan tunggal atau perkongsian (enterprise), syarat modal minimum ini perlu dibuktikan melalui baki terkini dalam penyata bank syarikat yang aktif. Baki tersebut hendaklah sekurang-kurangnya berjumlah RM2,500 bagi membuktikan bahawa syarikat mempunyai kestabilan kewangan yang mencukupi untuk melayakkan diri memohon pendaftaran sijil MOF.
Sehubungan itu, semua syarikat adalah dinasihatkan untuk menyemak terlebih dahulu kedudukan kewangan syarikat masing-masing sama ada melalui semakan dokumen SSM, penyata bank atau dokumen kewangan lain yang relevan sebelum menghantar permohonan kepada pihak kami. Kegagalan untuk memenuhi syarat minimum ini boleh menyebabkan kelewatan dalam proses permohonan atau penolakan serta-merta oleh pihak berkuasa.
Perjanjian Sewa Premis Yang Dimatikan Setem
Untuk pendaftaran sijil MOF syarikat Enterprise & syarikat Sdn Bhd yang mengunakan alamat pejabat mereka diwajibkan mengemukan surat perjanjian sewa yang terkini lengkap dimatikan setem. Jika pembekal menggunakan alamat rumah sebagai premis perniagaan mereka harus mengemukakan geran tanah bagi rumah milik sendiri dan jika rumah itu disewa mereka harus menyediakan surat perjanjian sewa yang telah dimatikan tersebut kerana dokumen ini adalah dokumen wajib dikemukan untuk pendaftaran sijil mof.
Walaupun bagaimanapun, segala masalah ini boleh diselesaikan. Di sinilah peranan pihak kami di Lesenkewangan.com dapat membantu anda. Kami menyediakan perkhidmatan pendaftaran MOF dan memberi khidmat rundingan mengenai proses pendaftaran MOF. Segala-galanya diselesaikan oleh syarikat kami. Anda cuma sediakan dokumen yang pihak kami perlukan dan kami uruskan proses pendaftaran sepenuhnya sehingga mendapat kelulusan sijil kewangan dari Kementerian Kewangan Malaysia. Hubungi talian hotline kami 018 – 9652 800 atau emailkan ke support@lesenkewangan.com untuk sebarang pertanyaan.

I really like the feedback action on your part. continue this attitude. thank you
Ain securinas