Isi Kandungan
Semua ingin memajukan perniagaan dan berjaya serta dapat mengubah masa depan yang lebih baik. Dan tiada sesiapa pun yang harapkan perniagaan yang dijalankan musnah. Tanpa tindakan yang betul & tepat mustahil sesebuah perniagaan dapat berjalan dengan lancar.
Tidak kira sebarang jenis perniagaan yang dijalankan samada melibatkan penjualan produk, servis, nasihat dan sebagainya. Kecekalan dan semangat yang kental sangat diperlukan bagi memastikan cita-cita yang diimpikan tercapai. Memajukan perniagaan ini bukan sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah. Kerana ia memerlukan masa dan pengalaman. Berikut adalah beberapa kaedah atau tips berguna yang boleh anda pertimbangkan:
Mengkaji Lokasi Memajukan Perniagaan
Lokasi & persekitaran yang sesuai amat penting untuk memastikan barang jualan dapat diterima baik oleh pelanggan berdekatan. Sebagai contoh; Sekiranya premis perniagaan anda didiami oleh pelajar & pekerja kilang, perkhidmatan dobi layan diri adalah idea yang baik. Ini kerana golongan tersebut lebih cenderung untuk mencuci pakaian tanpa perlu membeli mesin basuh sendiri & mengeluarkan belanja yang tinggi.
Selain itu, kawasan seperti ini juga sesuai dibuka perniagaan makanan dan minuman. Hasil kajian yang dibuat, kebanyakan pelajar & pekerja kilang tidak suka untuk memasak sendiri di rumah. Kesimpulannya, sesuatu kawasan itu perlu dikaji dengan terperinci sebelum memulakan perniagaan.
Mencari Rakan Kongsi
Tips yang seterusnya adalah mencari rakan kongsi yang sesuai & boleh dipercayai. Bukan sekadar seorang yang mempunyai masa & modal sahaja. Setidak-tidaknya minat dan kecenderungan rakan kongsi pada perniagaan yang sama akan menampakkan lagi usaha yang dijalankan. Masing-masing akan memberi komitmen yang baik dalam perniagaan tersebut. Bukan hanya seorang sahaja yang perlu bekerja. Sebaliknya kedua-dua belah pihak perlu memberi komitmen & bekerjasama.
Bermula Secara Kecil-Kecilan
Tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan secara besar-besaran yang menelan belanja sehingga jutaan ringgit. Perniagaan boleh dimulakan dengan kecil-kecilan untuk menjana pendapatan. Dengan ilmu & pengalaman, perniagaan boleh dibesarkan secara berperingkat. Ini bagi mengelakkan kerugian yang lebih tinggi apabila tersilap langkah.
Contohnya; Ali menjalankan perniagaan menjual kerepek di kampungnya. Perniagaan ini adalah perniagaan warisan daripada ayahnya. Minatnya sangat mendalam dalam dunia perniagaan dan dia menguruskan sepenuhnya perniagaan tersebut selepas kematian ayahnya. Pada awal penglibatan dalam dunia penjualan kerepek, arwah ayah Ali berniaga dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas Ali mengambil alih, perniagaan tersebut semakin maju & dia telah mendirikan sebuah kilang pembuatan kerepek yang terletak di belakang rumahnya. Ali telah daftarkan perniagaannya di SSM dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Kini, perniagaan Ali telah maju & dikenali ramai sehingga memaksa beliau untuk membesarkan kilangnya bagi keperluan pasaran luar negara.
Mengupah Pekerja Yang Sesuai
Setelah mempunyai kedudukan yang baik dalam perniagaan yang diceburi, pasti kita ingin mengembangkan perniagaan tersebut. Membuka cawangan baru memerlukan lebih ramai perkerja. Maka, kita perlu mengupah pekerja yang sesuai untuk memastikan perniagaan yang dijalankan tidak dirosakkan.
Kesimpulan
Terdapat banyak kaedah yang perlu dipandang serius & diamalkan agar perniagaan yang diceburi berkembang dengan baik & menguntungkan. Jatuh & bangun dalam perniagaan adalah lumrah dan kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal tiba. Sekali jatuh bukan bermakna kita akan jatuh selamanya. Jadikan perkara ini sebagai pembakar semangat untuk memajukan perniagaan anda. Pokok pangkal untuk berjaya dalam bidang perniagaan adalah minat yang mendalam, kegigihan dan cara yang betul. Setiap usaha yang kita lakukan pasti akan membuahkan hasil apabila tiba masanya nanti. Berusaha dan terus berdoa agar urusan kita dipermudahkan-Nya.
Berminat untuk kembangkan perniagaan anda dan menyertai sebutharga/tender kerajaan? Isikan Borang Permohonan atau hubungi kami hari ini.