Isi Kandungan
Pengenalan
Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam. Sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawal selia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran SSM perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.
Maklumat
Ramai diluar sana tidak sedar bahawa pelbagai manfaat yang kita perolehi apabila membuat pendaftaran SSM perniagaan kita dengan SSM lebih – lebih lagi bagi yang memang minat atau serius berniaga walaupun secara kecil-kecilan. Jom kita tengok apa kelebihan daftar perniagaan dengan SSM. Sebagai pelanggan, sudah tentu mereka akan berurusan dengan perniagaan yang lebih meyakinkan bagi mengelak dari ditipu. Bila perniagaan kita didaftarkan dan ada nombor SSM, sedikit sebanyak memberi keyakinan untuk berurusan dengan kita.
Selain itu juga, apabila syarikat anda sudah mendaftar SSM, kita boleh memohon untuk membuka Akaun Semasa di bank yang kita inginkan. Hal ini kerana ianya lagi senang dan selamat kalau kita dapat asingkan akaun perniagaan dengan akaun peribadi. Perbelanjaan syarikat pun lebih terurus dan dapat mengelakan duit tersebut dari digunakan untuk perbelanjaan harian. Risiko menggunakan akaun peribadi untuk berniaga adalah apabila terlalu banyak transaksi keluar masuk di akaun peribadi, akaun kita boleh dibekukan oleh pihak bank kerana disyaki menjalankan perniagaan menggunakan akaun peribadi.
Kesimpulan
Bukan itu sahaja, apabila sudah membuat pendaftaran SSM anda telah layak untuk mendaftar sijil kewangan dengan Kementerian Kewangan Malaysia . Dengan adanya sijil kewangan ini syarikat anda boleh memasuki tender kerajaan yang ditawarkan dalam system ePerolehan. Banyak manfaat yang diperolehi apabila anda sudah membuat pendaftaran SSM. Nak daftar sijil kewangan dengan pihak kami ? Anda cuma sediakan dokumen yang pihak kami perlukan dan kami uruskan proses sepenuhnya sehingga mendapat kelulusan dari kementerian kewangan Malaysia. Hubungi talian hotline kami 018 – 9652 800 atau emailkan ke support@lesenkewangan.com untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh Borang Permohonan dan kami akan uruskan permohonan tersebut untuk dapatkan sijil kewangan MOF untuk syarikat anda. Kami di Lesenkewangan.com sentiasa memberi yang terbaik untuk anda.
MOF Solution was very efficient and helpful in my application for the MOF License renewal process. Thanks for your support!
tingting lee
0 Comments